Macam-macam ragam
by Tester on Jun.23, 2007, under Personal, ms
Minggu ini merupakan minggu yang amat penuh emosi bagi diri saya, pelbagai rasa dari gembira, teruja, sedih dan macam-macam
.
Pada awal minggu ini, handphone saya yang telah lama senyap (lol jarang aktif) tiba-tiba mendapat satu pangilan daripada nombor yang tidak dikenali berserta sms yang dihantar bertanya khabar. Setelah beberapa hari berbalas sms (sms ja sebab kalau di call orang tuh tak nak jawab just diam), rupa-rupanya daripada seorang senior yang amat rapat dengan saya semasa berada di semester satu. Happy gak sebab hampir 2 tahun lebih lost contact. Ye la dia pun dah tukar nombor apatah lagi setelah mendirikan rumah-tangga. Cuma setakat ni belum berkesempatan untuk menelefon beliau disebabkan kekurangan kredit hehehehe.
Selain itu, sedih la juga projek yang dijalankan bersama seorang kawan telah dibatalkan disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Mungkin bukan rezeki kami untuk mendapatkan projek tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak rugi apa-apa kerana dapat mempertingkatkan kemahiran kami. Cuma kerugian masa dan tenaga.
Minggu ini juga salah seorang kenalan yang selalu chatting dengan saya membawa khabar berita gembira. Dia telah berjaya mendapat panggilan untuk menyambung pelajarannya setelah beberapa kali mencuba. Tahniah diucapkan semoga sukses dan mencapai cita-cita yang diimpikan.
Malam tadi, saya dikejutkan dengan satu sms dari salah seorang adik angkat saya yang akan melangsungkan pertunangan pada hujung minggu ini. Bukan terkejut disebabkan dia hendak melangsungkan pertunangan. Cuma terkejut yang dia belum bersedia untuk pertunangan tersebut walaupun telah lama dirancang. Mungkin disebabkan oleh debaran menjelang majlis tersebut sehingga dia berfikiran sedemikian. Saya doakan semoga majlis tersebut berlangsung dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, serta ucapan tahniah kepada beliau.

