Minggu membosankan
by Tester on Jul.07, 2007, under Personal, ms
This week, everything slow in my life. My dial-up connection (yes still using dial-up :p) keep disconnected after several minutes. Keep me reconnect for 3 or 4 times to finish reading all my emails. huh!
All my site not update for this week, yelar camna nak update kalau online pun susah dan team members lain semua busy ngan kerja. So, tiada masa untuk membebel di sini. Nasib baik elektrik tidak kerap terputus seperti minggu lalu. Boleh juga main games untuk lepaskan tension dan keboringan. haha!
Awal minggu ini dapat sms dari adik angkat aku, dia suruh tengok gambar pertunangan dia di Hi5. Itu pun baru semalam sempat untuk tengok semua gambar yang dia upload. Dalam banyak-banyak gambar pertunangan dia tu, lebih banyak gambar barang hantaran berbanding gambar dia hahaha. Bukan apa nak juga tau which one tunang dia. Nama saja adik angkat tapi boyfriend dia langsung aku tidak kenal (tak kenal muka, pernah la bercakap di telefon) padahal sudah lama dorang couple, sejak kami sama-sama tinggal di satu taman perumahan (masa study).
Baru saja tadi salah sorang kawan aku sms bertanya mengenai notebook yang bagus untuk dicuba. Erm terkial-kial aku menjawab haha yelar dia tidak bagitahu budget. So just suruh dia amik yang the latest dan high performance kalau cukup budget (i know jawapan ringkas ja). Dah lah esok dia nak beli dah. So aku suruh dia survey ja di kedai komputer atau authorized dealer yang ada di KK.
Di Sipitang esok (sabtu 07/07/2007) berlangsung Pesta Gambus. Member pun lambat inform baru saja dia sms. Nampaknya tak sempat la nak post mengenai pesta tersebut awal-awal (haha online pun susah camna nak post?). Oleh itu siapa yang ada masa lapang tuh dijemput hadir ke pesta tersebut. Kalau sempat pergi leh gak amik gambar. Kalau aku sibuk nampaknya melepas lah nak post gambar di sini. Oh ya bagi yang ada masa lapang pada 03 hingga 05 Ogos 2007, Anda dijemput hadir ke Pesta GATA (Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang) 2007. Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan acara boleh lah melayari laman web GATASIPITANG.

