Setelah Lama senyap
by Tester on Oct.20, 2007, under Personal, ms
Telah lama saya tidak membebel disini, ini disebabkan oleh masalah susah untuk saya online sejak bulan lalu. Saya ada juga online dalam masa tersebut tetapi internet connection dari pc saya asyik dc. Kadangkala tidak sampai pun 5 minit saya online.
Dalam saya menghadapi masalah untuk online, saya juga amat gembira kerana dapat contact semula dengan beberapa orang kawan semasa di kolej dulu setelah senyap tanpa berita untuk jangka waktu yang lama. Kawan-kawan saya tersebut banyak membantu saya semasa belajar di kolej tersebut almaklumlah di tempat orang. Pengalaman paling best ialah semasa menyambut bulan puasa bersama dengan mereka. Selain daripada pengalaman berpuasa, saya juga dapat merasa beberapa jenis makanan tempatan yang pertama kali saya rasa. Sedap-sedap belaka hehehe.
Rasanya tidak terlambat sekiranya saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat saya. Saya juga mohon maaf sebab tidak dapat beraya ke rumah kawan saya pada tahun ini kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Sorry guys dan thanks sebab menjemput. Maybe next year okey.

