ms
Setelah Lama senyap
by Tester on Oct.20, 2007, under Personal, ms
Telah lama saya tidak membebel disini, ini disebabkan oleh masalah susah untuk saya online sejak bulan lalu. Saya ada juga online dalam masa tersebut tetapi internet connection dari pc saya asyik dc. Kadangkala tidak sampai pun 5 minit saya online.
Dalam saya menghadapi masalah untuk online, saya juga amat gembira kerana dapat contact semula dengan beberapa orang kawan semasa di kolej dulu setelah senyap tanpa berita untuk jangka waktu yang lama. Kawan-kawan saya tersebut banyak membantu saya semasa belajar di kolej tersebut almaklumlah di tempat orang. Pengalaman paling best ialah semasa menyambut bulan puasa bersama dengan mereka. Selain daripada pengalaman berpuasa, saya juga dapat merasa beberapa jenis makanan tempatan yang pertama kali saya rasa. Sedap-sedap belaka hehehe.
Minggu membosankan
by Tester on Jul.07, 2007, under Personal, ms
This week, everything slow in my life. My dial-up connection (yes still using dial-up :p) keep disconnected after several minutes. Keep me reconnect for 3 or 4 times to finish reading all my emails. huh!
All my site not update for this week, yelar camna nak update kalau online pun susah dan team members lain semua busy ngan kerja. So, tiada masa untuk membebel di sini. Nasib baik elektrik tidak kerap terputus seperti minggu lalu. Boleh juga main games untuk lepaskan tension dan keboringan. haha!
Macam-macam ragam
by Tester on Jun.23, 2007, under Personal, ms
Minggu ini merupakan minggu yang amat penuh emosi bagi diri saya, pelbagai rasa dari gembira, teruja, sedih dan macam-macam
.
Pada awal minggu ini, handphone saya yang telah lama senyap (lol jarang aktif) tiba-tiba mendapat satu pangilan daripada nombor yang tidak dikenali berserta sms yang dihantar bertanya khabar. Setelah beberapa hari berbalas sms (sms ja sebab kalau di call orang tuh tak nak jawab just diam), rupa-rupanya daripada seorang senior yang amat rapat dengan saya semasa berada di semester satu. Happy gak sebab hampir 2 tahun lebih lost contact. Ye la dia pun dah tukar nombor apatah lagi setelah mendirikan rumah-tangga. Cuma setakat ni belum berkesempatan untuk menelefon beliau disebabkan kekurangan kredit hehehehe.
Kerja Dah Selesai
by Tester on Jun.11, 2007, under Personal, ms
Minggu ni boleh releks sikit sebab kerja minggu lalu dah selesai. Cuma tengok lah macam mana. Kalau ada member offer lagi kerja yang setakat mana aku termampu, aku cuba turun tangan tolong. Best gak kerja aku buat minggu lalu. Maklum lah belum pernah buat, so kira pengalaman la untuk masa akan datang. Lain kali senang dah, tahu suda selok-belok kerja tersebut dan boleh buat persediaan seperti dokument-dokument yang dikehendaki. Anyways thanks pada member sebab share kerja yang dia dapat. Ada juga duit masuk sedikit heheheh.
Mencari…
by Tester on Jun.02, 2007, under Personal, ms
Hari ini jumpa member yang balik dari kgu dan ingin serahkan software2 bagus yang dia download (almaklum line dial-up, berkulat la kalau dl size2 besar), kami pun berjanji hendak berjumpa di cc. Huh banyak dah cc di pekan nih dan kebanyakkan aku tidak tahu di mana cc tersebut dibuka. :p Nasib baik member sanggup turun dari cc gara-gara aku tidak tahu di mana cc tempat perjumpaan tersebut hehehe.
Di CC tersebut member pun tunjuklah DSL yang dia setup ke dalam pendrive. Sedang kami cuba-cuba, datang tokey cc dan kami pun dihujani dengan pelbagai soalan. Tokey cc takut kami buat kerja2 jahat kot? (takyah risau la tokey… kami cuma cuba-cuba ja
). Perjumpaan ngan member tidak lama sebab member ada hal dan sempat belanja saya mee goreng dan nescafe ais :d Thank dude!

